Tuesday, November 9, 2010

Putus sudah....

Adalah bodoh untuk menangisi sesuatu yang x significant dalam hidup....so saya tidak akan menangis...

Saya cuma nak mengumumkan yang saya BUKAN LAGI seorang penyokong Kelab Bolasepak Arsenal F.C. Keputusan untuk menarik diri dari menjadi penyokong Arsenal F.C telah dibuat atas dasar kekecewaan saya setelah AKSI MEMALUKAN tewas kepada Newcastle United di EMIRATES STADIUM dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini.

Daripada saya terus dikecewakan oleh pasukan Arsenal F.C, adalah lebih baik saya menarik diri dari menjadi penyokong kelab Arsenal F.C dan menumpukan perhatian bagi menyokong pasukan bolasepak kebangsaan JERMAN yang saya rasakan lebih berpeluang untuk merangkul kejuaraan.

Keputusan ini dibuat juga setelah 'tali-tali' harapan saya sudah putus semuanya diatas kegagalan demi kegagalan kelab tersebut untuk meraih sebarang kejayaan didalam pertandingan yang disertai semenjak 6 tahun yang lepas.

Saya juga ingin merakam jutaan terima kasih kepada Arsene Wenger diatas usaha beliau selama menjadi Pengurus Pasukan Arsenal F.C tapi ingin menyatakan juga bahawa saya sudah HILANG KEPRCAYAAN terhadap keupayaan beliau untuk terus membimbing pasukan Arsenal F.C menuju kejayaan.

Ini diatas kegagalan beliau untuk memperbaiki kelemahan kelemahan utama pasukan Arsenal F.C terutamanya bahagian pertahanan yang seolah2 'baru' bermain bolasepak dan melakukan kesalahan kesalahan 'budak sekolah' seperti gol yang dijaringkan Newcastle United pada perlawanan baru-baru ini. Pada pendapat saya, beliau juga telah gagal untuk mendidik pemain pemain Arsenal F.C untuk bertahan sebagai sebuah pasukan.

Dengan penarikan diri saya ini, maka dengan serta merta saya akan mula menurunkan aksesori2 yang berkaitan dengan Arsenal F.C dari dalam kereta saya.


Man U 1992-1998
Arsenal 1999-2010
Germany 1996 - Present